Hasyira's

Portfolio



"Sabar, graduan harus syukur, walau kerja gaji rendah"

Harus berapa lama lagi kami harus bersabar dengan keadaan Malaysia sekarang? kami faham sekarang adalah masa kejatuhan kerana covid melanda, akan tetapi isu ini telah terjadi sebelum covid melanda lagi. Isu gaji sampai bila bila tidak akan selesai sekiranya sikap Menteri yang tak endah akan nasib rakyat bawahan. Setiap kali rakyat mengadu gaji graduan, gaji engineer dan sebagainya tidak setimpal, apa yang Menteri lakukan? hanya mampu kata bersabar disebabkan oleh ekonomi Malaysia sekarang sedang jatuh. Sekali lagi ditekan kan, masalah gaji ini bukan lah timbul sewaktu covid melanda, akan tetapi telah wujud beberapa tahun yang lalu lagi. Jadi berapa lama lagi kami harus bersabar? adakah kami harus bersabar sehingga kiamat?


Berapa ramai rakyat di Malaysia ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, adakah pihak Menteri dan pihak atasan tahu akan hal ini? berapa ramai graduan di Malaysia ini yang harus membayar hutang ptptn tetapi gaji yang ditawarkan tidak mencukupi untuk membayar hutang tersebut. Berapa ramai rakyat Malaysia yang terpaksa bekerja pagi siang malam tak cukup rehat semata mata untuk mencari rezeki menyara kehidupan seharian. Adakah pihak Menteri dan pihak atasan tahu akan hal ini? ataupun tahu tapi buat tak endah?


Pihak Menteri dan pihak atasan boleh bercakap bersabar dan bersyukur dengan gaji yang ditawarkan. Bagaimana kami mahu bersyukur sedangkan gaji yang ditawarkan sememangnya tidak mencukupi? Harus kami bersyukur dengan cara apa lagi? Harus kami buat apa lagi supaya kami bersyukur? Harga kos sara diri di Malaysia makin meningkat akan tetapi gaji yang ditawarkan tidak meningkat masih sama pada zaman 90 an. Tetapi gaji Menteri? sentiasa naik tambahan pula ada elaun elaun yang mengarut.


Jangan suruh kami bersabar dan bersyukur sekiranya pihak Menteri dan kaum kerabat tidak merasa apa yang kami rasa. Gaji rakyat dipotong akan tetapi gaji Menteri makin meningkat? dimanakah keadilan yang sepatutnya kami dapat? Kami sebagai rakyat Malaysia sangat kecewa dengan Tindakan pihak Menteri dan juga pemimpin yang sepatutnya mempunyai kuasa untuk mengubah Malaysia akan tetapi hanya duduk dan lihat sahaja. Apa dosa rakyat sehingga kami harus berhadapan dengan pemimpin yang zalim ini.


Zalim, adakah terlalu kasar ayat ini? Tetapi ia tidak lah seteruk mana dengan apa yang pemimpin lakukan terhadap nasib rakyat. Tambahan pula dengan status double standard yang dilakukan di Malaysia ini. Bagaimana kami mahu menghormati para pemimpin sedangkan para pemimpin tidak pernah menghormati rakyat yang selama ini setia dengan pemimpin. betul lah apa yang dikatakan, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Hanya menteri dan rakyat kayangan sahaja yang dapat menikmati kehidupan seharian yang mencukupi, bagi rakyat marhaen dan bawahan? apa yang mampu kami lakukan ?


Source : https://www.malaysiakini.com/news/569403